
Siapa ada masalah susah nak fokus bila study? Ramai student ada masalah ni kan? Sis pun gitu uols.. Tapi jangan risau. Sis ada tips baik punya. Jangan cakap sis tak payung ok. Jom gi study.
Cari tempat yang selesa dan tenang. Pastikan tempat tu mempunyai pencahayaan yang mencukupi. Pergilah study kat library ke, study kat library ke? But, jangan study atas tilam sambil baring. Kita akan jadi malas dan mengantuk. Jugak jangan di depan tv. Tak terlayan pulak buku korang nanti.
2) Pilih masa yang sesuai.
Mungkin ada yang suka study sampai larut malam. Tapi, sis prefer belajar awal pagi. So, malam kenalah tidur awal. Pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Tapi jangan tidur berlebihan pulak. 5jam is good enough untuk kita charge balik energy kita. Jangan study masa mengantuk.
3) Membuat nota menarik.
Bila kita study dengan membaca jerr. InsyaAllah, tak kekal lama dalam ingatan. Buatlah nota pendek macam mind map ke, akronim ke? So, nota tu nanti bolehlah tampal kat tempat yang kita biasa kita dilihat.
4) Self reward.
Ini adalah salah satu cara kita memotivasikan diri sendiri. Contohnya, 'kalau aku dapat result gempak nanti, aku nak pergi Legoland lah". Selepas penat study 2jam, minumlah secawan hot chocolate ke? atau buat sesuatu yang kita minat seperti main game.
5) take 5.
Selepas belajar 45 min belajar rehatlah sekejap. Otak kita pun tahu penat jugak. Tapi jangan rehat terlalu lama, hilang pulak mood study tu nanti. 5min cukup. Lepastu study balik. Pastikan masa study tu, study betul-betul. No daydreaming. No handphone. Handphone tolak tepi dulu.
Jom Study
Reviewed by Julieza Nabilla
on
April 10, 2018
Rating:
No comments: