hobi? hrmmm 😕 Hobi adalah aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang. So, boleh dikatakan aktiviti saya paling suka masa lapang adalah 'layan filem/drama'. Tak kisahlah genre seram ke, sedih ke, aksi ke, komedi ke, fantasi ke, semua saya layan. Ok, di sini saya nak berkongsi filem yang paling saya minat sejak kecik lagi.... iaitu.... the one and only...HARRY POTTER... siapa yang minat harry potter, kita geng.
........................HARRY POTTER..........................
Filem Harry Potter diadaptasi dari novel fantasi bersiri yang ditulis oleh penulis dari Britain, J.K. Rowling. Novel ini mengisahkan tentang kehidupan seorang ahli sihir muda, Harry Potter dan dua orang sahabatnya, Hermione Granger dan Ron Weasley di mana mereka semua merupakan pelajar Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. Jalan penceritaan utama filem ini adalah perjuangan Harry melawan Lord Voldmort, ahli sihir jahat yang ingin hidup abadi dan menggulingkan kerajaan ahli sihir yang dikenali sebagai Ministry of Magic, dan memundukkan semua ahli sihir dan muggles, manusia yang tiada magik.

HARRY POTTER (siri filem)
Harry Potter and the Philosopher's Stone (2001)
Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
Harry Potter and the Half-Blood Prince (2009)
Harry Potter and the Deathly Hallows- part 1 (2010)
Harry Potter and the Deathly Hallows- part 2 (2011)








Layan Movie
Reviewed by Julieza Nabilla
on
March 10, 2018
Rating:

No comments: