Tips Temuduga

Related image
1) Berpakaian kemas dan sesuai

    Pastikan anda berpakaian untuk business formal atau business casual. Bagi calon wanita, baju kurung sangat sesuai untuk banyak keadaan. Tambah dengan blazer berwarna gelap. Seluar panjang/skirt melebihi paras lutut juga sesuai. Jika bertudung, sila pakai dengan kemas di luar blazer (kalau dalam blazer dikira aksesori). Pakai kasut bertutup berwarna gelap setinggi 1-1.5 inci. Bermekap nipis.

Related image
2) Datang awal

    Datanglah lebih awal 30 minit. Anda mungkin perlu menempuh kesesakan lalu lintas. Anda juga mungkin akan beras lebih tenang dan tidak kelam-kabut.

Related image
3) Bermanis muka dengan semua orang

    Kita mugkin tidak kenal sesiapa pun di lokasi temuduga. Tapi tuidak salah untuk senyum dengan semua orang. Orang akan senang melihat kita.

4) Cari pengalaman kerja

    Cari pengalaman kerja walaupun tidak relevan dan bergaji murah. Bakal majikan akan nampak kesungguhan anda. Anda bukan sahaja bersaing dengan graduan lain, tapi anda juga bersaing dengan orang yang lebih rendah kelayakan akademik tapi kaya dengan pengalaman.

Related image
5) Bawa sijil yang disusun kemas

    Susun sijil-sijil anda dengan kemas dalam clear folder (atau cara lain yang lebih menarik dan relevan). Jangan lupa bawa pen.

6) Buat reseach tentang syarikat tersebut

    Google-ing website rasmi syarikat tersebut mungkin tidak mencukupi. Forum atau bicara dari mulut ke mulut juga boleh menambah informasi.

7) Promosikan diri anda

    Dalam mempromosikan diri, janganlah sampai keterlaluan. Pastikan anda boleh membezakan yakin diri dengan bangga diri. Yakin dengan apa yang anda boleh buat untuk membantu memajukan syarikat.

8) Bersedia dengan soalan lazim dari penemuduga

    Antara soalan yang biasa ditanya adalah tentang kebolehan diri anda, kelemahan diri, kenapa mahu bekerja di syarikat tersebut dan sebagainya. Jaga adab berbahasa, intonasi suara, eye-contact dan bahasa badan. Jawab dengan jelas dan realistik. 

GOODLUCK 😄
Tips Temuduga Tips Temuduga Reviewed by Julieza Nabilla on March 17, 2018 Rating: 5

No comments:

HTML

Hypertext Markup Language adalah bahasa markup standard untuk membuat laman web dan aplikasi web. Dengan Lembaran Gaya Cascading dan Ja...

Powered by Blogger.