
Lebah merupakan serangga yang hidup secara berkelompok. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah di seluruh benua kecuali benua antartik.
Sebagai serangga, lebah memiliki 3 pasang kaki dan 2 pasang kepak. Lebah membina sarangnya di atas bukit, di atas pokok dan juga pada atap rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya.
Apabila musim mengawan tiba, lebah-lebah akan membentuk kawanan besar dan terbang untuk memebntuk sarang baru.
1. Andrenidae - lebah liar yang yang suka tinggal dalam lubang tanah (mining bees)
2. Meggachiledae - lebah pemotong daun (leaf cutting bees)
3. Xilocopidae - lebah tukang kayu (carpenter bees)
4. Bombidae - (bumble bees)
5. Apidae - lebah madu (honey bees)
Pembahagian Tugas
- Ratu lebah : lebah betina yang produktif
- Lebah pekerja : lebah betina yang tidak produktif
- Lebah jantan
Ratu lebah mengawal seluruh koloni. Badan lebih besar berbanding lebah lain kerana pada peringkat larva ia diberi makan jeli raja yang kaya dengan khasiat. Tugas utama ratu lebah adalah bertelur. Lebah ratu yang aktif mampu menghasilkan menghasilkan kira-kira 2,000 biji telur sehari. Ia mempunyai jangka hayat selama 3 tahun.
Lebah pekerja mengumpul debunga dan manisan yang kemudiannya akan ditukar menjadi madu untuk lebah ratu dan anak lebah. Terdapat juga lebah pekerja yang bertugas membersihkan sarang dan menjaga anak-anak lebah. Jangka hayat lebah pekerja adalah 3 bulan atau lebih sedikit.
Tugas lebah jantan adalah mengawan dengan lebah ratu dan akan mati sebaik sahaja selepas mengawan.
Tugas lebah jantan adalah mengawan dengan lebah ratu dan akan mati sebaik sahaja selepas mengawan.

Telur akan menetas menjadi larva. Pada peringkat ini larva diberi makan debunga dan nektar oleh lebah pekerja. Setelah beberapa hari, larva akan berubah menjadi pupa dan seerusnya menjadi anak lebah.
Lebah
Reviewed by Julieza Nabilla
on
March 21, 2018
Rating:
No comments: